Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perkasakan Kaum Tamil Agenda...

REMBAU - Memperkasakan kaum India menjadi agenda utama kerajaan sehingga mewujudkan dasar dan...

Tambah Pusat, Saluran Mengundi...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menambah pusat daerah mengundi dan...

Sambutan Hari Ibu Mingguan...

SHAH ALAM - Bagi meraikan Hari Ibu yang disambut pada Ahad minggu kedua...

Apa Masalah Pembangkang Dengan...

PEMBANGKANG tak habis-habis dengan agenda tersirat dan terbuka untuk memburukkan dan menjejaskan pertahanan...

ATM Akan Kaji Sistem Pengurusan Aset Miliknya

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengkaji semula sistem pengurusan aset kenderaannya bagi memastikan ia tidak disalahgunakan anggotanya.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM akan meneliti sistem berkenaan dan menambah baik sebarang kelemahan pada sistem itu.

“Kami akan kaji prosedur sedia ada kerana dalam kes ini ada orang yang berniat melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sistem pengurusan aset kenderaan perlu dikaji semula selepas sebuah kereta rasmi milik Tentera Darat Malaysia (TDM) didapati memasang tangki di but kereta itu, dipercayai bagi kegiatan penyeludupan minyak.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap anggota itu, Zukifeli berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan berhubung perkara berkenaan.

“ATM akan melihat sama ada tindakan yang dikenakan terhadap anggota perlu diajukan kepada polis, atau ATM sendiri yang ambil tindakan, namun ia bergantung kepada tahap kesalahan itu,” katanya.


Terdahulu, Zulkifeli melepaskan kira-kira 567 peserta Power Run 2015 di Stadium Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, di sini.

Pada Ahad lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Cawangan Siasatan Jenayah TDM melakukan siasatan berhubung perkara itu dan memuat naik gambar kenderaan itu di laman Facebooknya.

“Saya telah arah siasat, tanpa takut atau piih kasih,” kata Hishammuddin.

Gambar itu menunjukkan sebuah kenderaan TDM dengan nombor pendaftaran ZD 5638 dalam keadaaan butnya terbuka dan di dalamnya terdapat sebuah tangki, di sebuah stesen pam minyak milik ATM. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8WwFlRzWUAg[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • ATM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori