PENGGUNA telefon bimbit dinasihati tidak membuat panggilan balas (return call) ke nombor yang tidak dikenali dari Malawi.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Asmawati Ahmad berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati panggilan ‘missed call’ dari nombor +265882615012 dan +265882615017 itu adalah satu panggilan perangkap.
Jelasnya, mangsa yang membuat panggilan balas ke kedua-dua nombor berkenaan akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.
Ini berikutan, nombor berkenaan telah diklasifikasikan sebagai ‘Harrasment Call Terror‘ atau ‘Scam Call’ oleh beberapa laman sesawang antarabangsa.
Sebelum ini, orang ramai dilaporkan menerima satu sebaran maklumat menerusi WhatsApp menyatakan sesiapa yang membalas semula panggilan yang diterima dari Malawi dikenakan caj tinggi hingga US$150. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=XE83aKca7oc]