Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Terus Hantar...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan,...

Perkembangan Terkini Siasatan MH370...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mengeluarkan kenyataan interim berhubung...

Kes COVID-19 Meningkat Di...

SEOUL - Korea Selatan pada Sabtu melaporkan 483 lagi kes baharu Covid-19, menjadikan...

Perkongsian Ini Akan Buat...

KECANTIKAN itu adalah subjektif pada pandangan mata manusia. Setiap manusia mempunyai definisi tersendiri...

Baik Pulih, Tambah Nilai Kawasan Yang Telah Diteroka

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan pihak yang berkenaan supaya tidak hanya terlalu ghairah mengeluarkan hasil bumi di negeri ini, tetapi dalam masa yang sama perlu membantu menambah nilai kembali kawasan yang telah diteroka.

Tengku Abdullah bertitah Pahang bertuah kerana mempunyai bukit peranginan, pulau, lombong bersejarah serta taman negara yang dianugerahkan oleh Allah dan semua aset itu perlu dipelihara untuk mengelakkan ia musnah di tangan pihak yang rakus mengeluar hasil bumi negeri ini.

“Pemerintah juga harus mainkan peranan untuk kekalkan semua aset ini. Kita tidak perlulah melihat kelemahan dan apa yang telah berlaku kerana yang penting kini adakan program dan kajian untuk membaik pulih, baiki semula untuk tentukan semua khazanah ini ditambah nilai.

“Dalam hal ini, saya harap kerajaan negeri, agensi kerajaan dan pihak swasta dapat berganding bahu khususnya mereka yang telah dapat menikmati hasil bumi di negeri ini, baik pulih semula kawasan yang diterokai dan dimajukan,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika berucap merasmikan Pusat Perkhidmatan Pengeluaran Mineral Kawasan Perindustrian Gebeng yang diuruskan oleh syarikat WM Builder (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob serta pengerusi syarikat berkenaan Datuk Abdul Rahim Abdul.

Pusat perkhidmatan yang dibina di atas tanah seluas 344 hektar itu bertindak sebagai pusat sehenti urusan pengeluaran mineral di kawasan Gebeng dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar seperti yang berlaku pada masa kini.

Ia termasuk tiga kolam takungan dan jambatan timbang untuk memastikan lori-lori pengangkutan bauksit mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta mematuhi waktu operasi.


Tengku Abdullah bertitah langkah mengadakan pusat perkhidmatan berkenaan merupakan satu tindakan proaktif yang perlu dicontohi dan hendaklah diperluaskan di kawasan perlombongan lain di daerah ini seperti Bukit Goh dan Bukit Sagu.

“Harap akan ada inisiatif untuk wujudkan juga pusat sehenti ini di kawasan lain agar dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di kawasan berkenaan dan mulai hari ini, saya minta masalah seperti jalan kotor dapat diselesaikan,” titahnya.

Baginda turut menyedari dilema yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bauksit yang selama ini mendapat perhatian media massa, media sosial dan orang ramai.

Sehubungan itu, baginda menyeru kepada pengusaha lombong dan operator lori supaya sama-sama memainkan peranan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam hal itu.

“Ia perlu dilakukan mengikut peraturan, jangan sebab nak keuntungan, habis kita langgar semua peraturan dan ia merupakan satu perbuatan yang tidak baik,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori