Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Menuju PRU15, Peluang UMNO...

TIDAK perlu disebut lagi bahawa nasib dan suasana selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

Terowong Dasar Laut Hantui...

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka sesi menjawab Perbahasan Titah Diraja oleh Kementerian Kewangan...

64 Rumah, Inap Desa...

MARAN – Hujan lebat tanpa henti selama dua jam sejak petang semalam di...

Peluang Tentukan Arah Kiblat...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk memastikan arah kiblat di...

Balas Dendam Pada ISIS, Perancis Bom Syria Besar Besaran

SEBAGAI balasan terhadap serangan di Paris, pesawat perang milik Perancis mula mengebom beberapa wilayah yang dikuasai ISIS di Raqqa, Syria sejak Ahad.

Serangan terhadap ISIS tersebut digambarkan sebagai satu serangan dalam skala besar. Sasaran pengeboman adalah pusat ketenteraan, kawasan anggota direkrut dan dilatih serta gudang simpanan senjata milik ISIS.

Sebanyak 12 pesawat termasuk 10 jet tempur dikerah, manakala 20 bom dijatuhkan bagi menghancurkan kesemua kawasan sasaran, menurut kenyataan diberikan wakil media Kementerian Pertahanan Perancis Mickael Soria.

Tiada Kepakaran Halang Anggota IS Malaysia Lancar Serangan

Serangan udara itu dilakukan dua hari setelah pengeboman di Paris yang mengorbankan 132 nyawa berlaku pada Jumaat, hingga membuatkan Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan perang terhadap ISIS yang mengaku bertanggung jawab terhadap rangkaian serangan tersebut.


Akui Tuduhan Presiden Perancis, ISIS Dalang Serangan Paris

ISIS sebelum ini mengisytiharkan Raqqa sebagai pusat pentadbiran Syria dalam negara yang sedang dibentuk mereka.  – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=zDrWISWOBzk&ab_channel=BreakingNews

1 komen

  1. Memang itu yang di mahukan oleh pihak NWO. Fitnah untuk menghalalkan pembantaian orang orang yang tidak berdosa di Syria. Fitnah yang akan berterusan. Lepas ini Negara Eropah mana pulak yang akan
    ‘diserang’ ISIS? Dan berpakatlah mereka membantai orang orang Islam di Syria.

    China telah menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian. WTC 9/11 telah berlalu, kini Friday 13th telah bermula.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori