Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

CEO Secret Recipe Didenda...

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Secret Recipe Cakes and Cafe...

Isu Integriti Cabaran Besar...

KUALA LUMPUR - Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap...

DBKL Siasat Iklan ‘Khinzir’...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan iklan menggunakan imej seekor...

Betulkah Darurat Tidak Jejas...

DARI FB NAJIB RAZAKJIKA darurat tak jejas ekonomi dan adalah untuk kebaikan semua,...

‘Bangkit Bersama’ Hala Tuju Temasya Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR – Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bakal menonjolkan nilai sebenar dan kekuatan sukan seiringi dengan cabaran negara Asia Tenggara mewujudkan satu komuniti.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata atas dasar itu tema ‘Bangkit Bersama’ dipilih Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC 2017), bersesuaian dengan cabaran terkini dan akan datang yang ditempuhi negara rantau ini.

“Rantau Asia Tenggara telah melangkah jauh untuk meletakkan dirinya unggul di peringkat antarabangsa dan sudah tiba masanya kita berganding bahu membuka lembaran baharu dalam perjalanan berlandaskan keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

“Inilah kekuatan dan nilai sebenar sukan yang akan kita terapkan pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 nanti,” katanya pada majlis pelancaran Logo, Maskot dan Tema Sukan SEA ke-29 di Esplanade KLCC, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Khairy percaya Malaysia bukan sahaja boleh menjadi tuan rumah yang baik, malah kontinjen negara juga mampu berjaya pada temasya 2017.

“Pada masa sama, kita boleh meraikan sambutan ke-60 Kemerdekaan Malaysia dengan muncul sebagai juara keseluruhan,” katanya.

Pada majlis sama, Khairy turut melancarkan pendaftaran sukarelawan Sukan SEA ke-29.

Malaysia akan menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar rantau Asia Tenggara, Sukan SEA buat kali keenam pada 2017 selepas menganjurkannya pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.


Temasya Sukan SEA adalah temasya sukan dwitahunan yang melibatkan 11 negara Asia Tenggara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Myanmar, Singapura, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Timor Leste dan Malaysia.

Sementara itu, logo yang bercirikan reka bentuk Wau Bulan yang dipilih daripada 174 penyertaan daripada orang ramai menerusi pertandingan mencipta logo temasya Sukan SEA ke-29 manakala ‘Rimau’ berdasarkan spesis Harimau Malaya akan menjadi maskot rasmi.

Dalam pada itu, Khairy berkata pelancaran logo, maskot dan tema Sukan SEA itu dibuat awal walaupun temasya berkenaan hanya akan berlangsung pada Ogos 2017 kerana mahu melaksanakan pelbagai program mempromosikannya ke seluruh pelusuk negara.

“Kita merancang mengadakan Larian Baton tahun depan dengan melibatkan larian di semua negara Asia Tenggara.

“Larian Baton ini akan dibuat sebelum kita mengadakan Larian Obor,” katanya sambil menjelaskan ia dijadualkan diadakan dalam suku pertama tahun depan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XsnYzLNTtds[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori