SEBUAH bangunan kilang yang sedang dibina runtuh di Pakistan dan telah menyebabkan 16 orang buruh maut. Pegawai penyelamat, Jam Sajjad berkata, berpuluh lagi buruh terperangkap dibawah runtuhan.
Pihak penyelamat menggunakan jentera untuk menarik mayat dan mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan.
Punca runtuhan masih belum dipastikan dan ia berlaku seminggu selepas gempa bumi menggegarkan Pakistan yang telah mengorbankan 275 penduduk. – MYNEWSHUB.CC