Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rayuan Akhir Kes SRC:...

PUTRAJAYA : Peguam utama Datuk Najib Seri Razak, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu...

Arak Haram Dan Memudaratkan

Arak itu haram disisi Islam. Arak itu memudaratkan. Jika merokok merbahaya kepada kesihatan,...

Kerajaan Negeri Perlu Prihatin...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan perlu prihatin terhadap nasib malang menimpa Persatuan Bola...

Malaysia Sokong Pengenalan Sistem...

IPOH - Malaysia menyokong pemasangan sistem penjejakan pesawat yang membolehkan pihak berkuasa pantas...

Banjir Lumpur: Hanya Kementerian Kerja Raya Salur Maklumat

BENTONG – Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan hanya Kementerian Kerja Raya (KKR) sahaja yang akan mengeluarkan sebarang kenyataan dan perkembangan terkini berhubung kejadian banjir lumpur di KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan tiada spekulasi atau sebarang maklumat yang tidak benar disebarkan oleh pihak tertentu berhubung kejadian itu.

Jurucakap dari kementerian itu akan diumumkan oleh menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof dan jurucakap itu akan mengumumkan mengenai perkembangan terkini banjir lumpur termasuklah pembaikan dan pembukaan lebuh raya itu, katanya.

Liow, yang juga Anggota Parlimen Bentong, berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan kerja-kerja pembersihan di lebuh raya itu hari ini.


Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu lepas menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di dalam kejadian itu. Kesemua pemandu dan penumpang selamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori