Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Parah ‘Digilis’ Ketika...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan serius selepas dirempuh dan digilis sebuah...

Suspek Kes Tembak Berusia...

LOS ANGELES - Dua pelajar berusia 15 tahun cedera dalam satu insiden tembakan...

Peguam Negara Perlu Tarik...

PETALING JAYA - Peguam Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Muhammed Yusoff Rawther, lelaki...

Nasib Rakyat B40 Lebih...

SHAH ALAM - Kehidupan rakyat berpendapatan rendah (B40) khususnya bagi ketua keluarga kurang...

Banjir Puncak Alam: Penduduk Salahkan Sistem Saliran Air

PUNCAK ALAM – Banjir yang berlaku di Fasa 2 Puncak Alam, di sini berpunca daripada masalah kolam tadahan kawasan yang terlalu kecil dan tidak dapat menampung kuantiti air yang meningkat akibat hujan lebat, kata penduduk kawasan perumahan tersebut.

Bah yang melanda kawasan tersebut sejak semalam susulan hujan berpanjangan dikatakan kejadian kedua dalam tempoh tiga bulan dan mengakibatkan banjir paling teruk setakat ini.

2
Pengusaha taska, Siti Halimaton Adawiyah, 23.

Menurut pengusaha taska, Siti Halimaton Adawiyah, 23, paras air kali ini meningkat berbanding sebelumnya.

“Pada kejadian pertama, paras banjir hanyalah pada paras lutut.. Namun kali ini air telah meningkat ke paras pinggang,” katanya ketika ditemui Mynewshub, pada Isnin.

Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam, Haji Mohd Hanif Md Hultan, 58, pula berkata, banjir yang berlaku kali ini disebabkan sistem perairan yang tidak lancar.

4
Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam, Haji Mohd Hanif Md Hultan, 58.

Tambahnya, selepas kali pertama banjir berlaku sebelum ini laporan telah pun dibuat tetapi selepas tiga bulan, banjir berlaku lagi malah lebih teruk.

“Kami penduduk di sini telah membuat laporan kepada pihak berwajib tetapi perkara ini berulang malah lebih teruk,” ujarnya.


Banjir kali ini juga dikatakan telah membuat penduduk setempat menanggung kerugian apabila barangan dan peralatan dalam rumah mengalami kerosakan hingga tidak dapat digunakan lagi.

1
Pesara pensyarah, Mohd Mansor Manan, 58.

Bagi pesara pensyarah, Mohd Mansor Manan, 58, kerugian yang ditanggung pada banjir kali ini adalah rendah berbanding yang pertama kerana beliau lebih berhati-hati selepas berlakunya banjir tempoh hari.

“Sebab ini kali kedua, tidak banyak kerugian yang saya tanggung, cuma alatan macam peti ais, mesin basuh, pembakar mikro dan mungkin peralatan senaman saya yang rosak, dalam anggaran dua ke tiga ribu.

“Apa-apa pun, pada pendapat kami, sebaiknya Pihak Berkuasa Tempatan memandang isu ini lebih serius berikutan laporan penduduk telah dibuat sekian lama,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Banjir Puncak Alam: Penduduk Salahkan Sistem… oleh mynewshub

Oleh: Fatin
Photo/Video: Riza Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori