Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

“Sebagai Bapa, Saya Reda...

PENYANYI nasyid UNIC, Bazli Hazwan Osman menyatakan dia reda dengan pemergian anak sulungnya,...

Wan Junaidi Dilantik Komisioner...

KUCHING - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku...

DAP Tak Hormat Proses...

KUALA LUMPUR - Pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang...

Bekas Pegawai Polis, Isteri...

CHUKAI - Seorang bekas pegawai polis dan isterinya hari ini mengaku tidak bersalah...

Bapa Hilangkan Diri, Kembar 3 Tak Dapat Status Warganegara

SINGAPURA – Anak bongsu mempunyai tahi lalat di kaki kanan, yang sulung ada tanda lahir di kaki kanan manakala yang tengah juga ada tanda pada kaki kanannya tetapi di tempat berbeza.

Itulah bagaimana Ning Lei, 35; memberitahu mengenai anaknya yang kembar tiga.

Telinga dan hidung, ketiga-tiga kelihatan sama seperti bapa mereka, katanya.

Selain itu adik-beradik kembar yang lahir di Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK Julai lalu itu juga, mempunyai satu persamaan iaitu tiada seorang pun diberikan status kewarganegaraan.

Ning, seorang warga China mendakwa tidak dapat menghubungi suaminya yang merupakan warga Singapura sejak April.

Malangnya dia memerlukan kad pengenalan untuk melengkapkan pendaftaran kelahiran anak. Di bawah Perlembagaan Singapura, seorang anak yang lahir di sini boleh memohon kewarganegaraan jika ibu bapanya telah berkahwin dan sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa ialah warga Singapura.

Pada 2013,  30 peratus daripada semua perkahwinan yang melibatkan sekurang-kurangnya seorang warga Singapura adalah untuk bukan pemastautin.

“Dia tidak menjawab mahupun membalas panggilan saya,” kata Ning, yang menurut sijil perkahwinan telah bergelar isteri kepada GNG Cher Kang, 35; pada Ogos tahun lepas.

Ning berkata dia dan suami bertemu selepas dikenalkan rakan di sebuah kelab di Chinatown pada Mei tahun lepas.

“Saya suka dia kerana dia seorang lelaki yang pemurah dan baik,” katanya.


Apabila suaminya gagal hadir untuk perbicaraan, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap.

“Saya mahu anak perempuan saya mendapat kewarganegaraan Singapura. Ia adalah hak kelahiran mereka.

“Kanak-kanak di sini juga mendapat pendidikan yang lebih baik dan manfaat kesihatan,” katanya yang melahirkan kesemua anak kembarnya melalui kaedah pembedahan caesarean.

Bagi kes di mana keturunan kanak-kanak dipertikaikan, kedua-dua ibu bapa akan diperlukan untuk menyelesaikan perkara itu.

Ning, yang mendapat bantuan daripada gereja kini tinggal di rumah kawan bersama ibu dan tiga kembarnya.

Dia berada di Singapura untuk jangka pendek sahaja dan perlu ke ICA dengan ibunya setiap dua minggu untuk melanjutkan penginapan mereka di negara terbabit.

-MYNEWSHUB.CC

triplets_04

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori