Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pelaburan Dijangka Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR – Jumlah pelaburan dalam negara, merangkumi pelaburan swasta dan awam, dijangka...

Saksi Tak Tahu Wujud...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membelanjakan RM3.3 juta untuk membeli hadiah...

Suspek Kes Rogol, Bunuh...

BEIJING - Seorang lelaki yang dipercayai merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun...

Video: Susunan Coklat Rare...

RED Hong Yi, arkitek dan lulusan Master Seni Bina dari Universiti Melbourne sebelum ini...

Bapa Meninggal Dunia Pada Hari Lahir, Di Hari Pertama SPM

PILU hati seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, Nur Fatin Nasrudin Hashim apabila kehilangan bapa di saat dirinya sedang menghadapi peperiksaan kertas pertama SPM.

Apa yang lebih memilukan, dia diberitahu lambat lima jam selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Namun, pelajar dari Muar, Johor itu redha dengan ketentuan Ilahi serta memahami tindakan ahli keluarga yang lambat memberitahunya mengenai perkara tersebut.

Memetik Harian Metro, Fatin berkata, “Ketika itu, saya agak ralat kerana dimaklumkan agak lambat mengenai pemergian arwah ayah. Namun apabila memikirkan semula, saya reda apatah lagi ahli keluarga berniat baik bagi membolehkan saya menumpukan perhatian kepada kertas peperiksaan SPM.

“Tiada apa yang boleh saya ungkapkan, hibanya saya apabila mengetahui insan paling disayangi kini sudah pergi buat selamanya,” katanya.


fatin1

Bapanya meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada tarikh sama dengan ulang tahun kelahiran Fatin, semalam.

Takziah buat Fatin sekeluarga, semoga kuat menghadapi ujian ini dan dapat menjawab peperiksaan SPM dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori