Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tidak Bankrap, Diurus...

PUTRAJAYA – Ketika bergelar pembangkang, Lim Guan Eng pernah melahirkan kegusaran serta membayangkan...

Dr Siti Hasmah Melawat...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan...

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula laporan yang...

Teksi: Sambut Baik Saranan...

TELUK INTAN - Pengusaha teksi disaran agar menyambut baik saranan pembatalan kawal selia...

Bayi 10 Bulan Hidap Penyakit Jantung Berlubang Perlu Bantuan

ALOR SETAR – Seorang bayi berusia 10 bulan menghidap penyakit jantung berlubang, memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos membeli set mesin oksigen dianggar berjumlah RM10,000.

Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid dari Kampung Padang Gelanggang, Kuala Nerang dikesan menghidap penyakit jantung berlubang, saluran penafasan sempit dan saluran oksigen dan darah terbalik sejak berusia dua minggu.

Ibunya Annur Syakirah Mahazir, 20, berkata beliau bimbang apabila anak lelaki tunggal yang baru beberapa hari lahir itu tidak mahu menyusu selain pernafasan menjadi laju dan mukanya kelihatan biru.

“Saya perasan mukanya selalu kelihatan biru jadi saya dan suami, Mohd Yazid Lazim, 24, membawanya ke Hospital Kuala Nerang dan hasil pemeriksaan X-ray menunjukan telah berlaku jangkitan kuman di dalam badannya.

“Beliau dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Jan lalu dan doktor mengesahkannya menghidap ‘Complex Cyarotic Heart Disease and Chronic Lungs’ dan pada Mac pembedahan untuk membesarkan saluran penafasannya telah dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya ketika ditemui hari ini.

Annur Syakirah berkata selepas menjalani pembedahan, anaknya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB selama lebih dua bulan dan kini terpaksa bergantung kepada mesin oksigen bagi memastikan pernafasannya normal.

Menurutnya, sepatut ada pembedahan kedua sebelum dia mencecah umur setahun tetapi ia tidak boleh dilakukan kerana berbahaya dan perlu menunggu dia mencapai umur dewasa dahulu.


Jadi memandangkan tiada apa yang boleh dilakukan, beliau berharap dapat membawa anaknya pulang selepas lebih 10 bulan berada di hospital, tetapi memerlukan mesin oksigen di rumah.

Kos untuk membeli mesin oksigen, tangki oksigen dan mesin membuang kahak dianggarkan berjumlah RM10,000, katanya.

Suaminya hanya bekerja kampung dengan gaji RM900 sebulan tidak mampu membeli mesin terbabit serta barangan keperluan yang lain seperti susu khas dan lampin pakai buang, katanya.

Orang ramai ingin membantu keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun CIMB milik Annur Syakirah Mahazir (7057753680) atau menghubunginya di talian 010-3787883. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori