Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Hacker Perlu 200K...

SEORANG hacker bernama Jakub F, 30, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Czech kerana menciplak...

PLKN Akan Dilaksanakan Semula...

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan...

Malaysia Tuntut Semak Semula...

PUTRAJAYA - Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  ke...

iOS 8 Sedia Dimuat...

Khas untuk pengguna peranti Apple, Sepertimana yang dijanjikan, hari ini mereka secara rasminya...

Beberapa Kawasan R&R PLUS Ditutup Dua Hari Mulai Rabu

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan ditutup dua hari kepada pengguna lebuh raya, mulai Rabu.

PLUS dalam kenyataan Isnin berkata penutupan mulai 8 pagi hingga 5 petang itu bertujuan melancarkan kerja penyelenggaraan di kawasan R&R serta hentian terlibat.

Hentian yang akan ditutup pada 18 Nov ialah, hentian Sebelah Taiping Arah Selatan (7 pagi hingga 5 petang), Hentian Sebelah Bukit Gantang Arah Utara dan R&R Tapah Arah Selatan (8 pagi hingga 5 petang) serta R&R Dengkil Arah Utara Lebuhraya Elite (9 pagi hingga 5 petang), menurut kenyataan itu.

Penutupan pada 19 Nov pula melibatkan Hentian Sebelah Taiping Arah Utara (7 pagi hingga 5 petang), Hentian Sebelah Simpang Pulai (8 pagi hingga 5 petang) dan Restoran Jejantas Ayer Keroh Arah Selatan (9 pagi hingga 4 petang).


“Sepanjang kerja penyelenggaraan ini dijalankan semua gerai, kiosk dan kemudahan awam lain akan ditutup kepada orang ramai manakala stesen minyak masih dibuka seperti biasa,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori