Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Persidangan Perwakilan UMNO Tonjolkan...

CYBERJAYA – Kebanyakan isu ditonjolkan pada persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini adalah isu yang dekat di hati rakyat, kata Timbalan...

Kepingan Ais Misteri ‘Sebatu...

NASA berjaya menjejaki satu kepingan ais gergasi di Antartika, baru-baru ini. Kepingan ais misteri...

Mukhriz Sangkal Dakwaan Hakim...

MUKHRIZ Mahathir menyangkal dakwaan yang tersebar di media sosial mendakwa hakim perbicaraan kes...

David Cameron Hadiahkan Kereta...

Mynewshub pernah berkongsikan kisah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghadiahkan...

Bekas MB Selangor Kata Pakatan Harapan Hipokrit!

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) jarang melepaskan peluang menggasak dan menghentam Barisan Nasional (BN) tetapi diam seribu bahasa apabila berhadapan kepincangan dan kebobrokan di rumah sendiri di Selangor dan Pulau Pinang,

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, senario itu menunjukkan Pakatan Harapan sememangnya cuma sebuah gabungan parti politik pembangkang yang bersikap hipokrit dan berdolak-dalih dalam kebanyakan isu.

“Ingin saya nasihatkan para pemimpin Pakatan Harapan bahawa perjuangan “reformasi” yang dilaungkan selama ini bukan hanya untuk mencari salah dan kelemahan BN tetapi juga sebagai panggilan bermuhasabah untuk memperbaiki diri sendiri,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Selangor akan tetap menaikkan tarif air setelah proses pengambil alihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu selesai.

Kata Abdul Khalid, kenyataan oleh Mohamed Azmin itu bercanggah dengan semangat dan hasrat asal pengambilalihan industri perkhidmatan air oleh kerajaan Selangor daripada syarikat konsesi.


Jelas beliau, mengikut perancangan awal, kenaikan tarif hanya akan dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya manakala sebarang kenaikan dijamin tidak akan melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

Tambahnya, kerajaan Selangor boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan yang tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.

“Disamping persoalan mengenai nama syarikat yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan ekuiti kepada SPLASH dan caj konsultansi yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri, saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori