TAHNIAH diucapkan kepada pemuda yang bernama Khairul Aiman Bin Hamdan kerana telah berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda di University Heriot Watt, United Kingdom. Nak ikutkan ramai je pelajar Malaysia kita yang berjaya graduate dengan cemerlang.
Tapi apa yang membezakan pelajar ini dengan pelajar yang lain? Apa yang dia lakukan sampai mendapat perhatian yang special berbanding graduan lain?
Dia pakai baju melayu di hari graduasinya kat UK sana tu. Kat Malaysia memang dah biasa, masing-masing berbaju Melayu sewaktu istiadat konvokesyen.
Dah tentu ramai yang berasa pelik apabila melihat dia mengenakan baju melayu semasa hari graduasinya. Rare kot benda ni jadi kat UK!
Pemuda ni belajar  kat UK, kat sana, biasanya pelajar akan pakai kemeja dan blazer, ala-ala James Bond.  Khairul Aiman memang simpan hasrat untuk pakai baju melayu di hari graduasi nya. Anak Malaysia yang tak lupa diri dan asal usul. Tahniah sekali lagi dari kami! – MYNEWSHUB.CC