Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Tergesa-Gesa Laksana Sekatan...

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan...

Nicol Tewas Pusingan Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengalami kekalahan besar dalam...

Polis Beli Tiket Balik...

BEIJING - Seorang lelaki yang terlalu miskin untuk membeli tiket kereta api sanggup...

Tak Dapat Makan Kari,...

SEORANG wanita berusia 30 tahun didakwa ditembak mati oleh suaminya dan kari adalah...

Beri Laporan Lengkap Lori Bauksit Yang Ceroboh Laluan Larangan

KEMAMAN – Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) meminta kerjasama daripada orang ramai untuk membuat laporan lengkap sekiranya masih ada pemandu lori bauksit yang menggunakan laluan utama Bandar Chukai untuk ke Pelabuhan Kemaman.

Yang Dipertuanya Rosman Roslan berkata lori bauksit hanya dibenarkan untuk melalui jalan Bukit Anak Dara untuk ke Pelabuhan Kemaman.

“Laporan lengkap akan membolehkan kita mengambil tindakan lanjut terhadap pemandu lori bauksit yang menggunakan jalan berkenaan kerana lori bauksit dihalang daripada menggunakan laluan Bandar Chukai untuk menjaga keselamatan pengguna jalan lain serta menjaga keindahan bandar.

“Kita banyak menerima laporan daripada orang ramai termasuk melalui laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, tapi kebanyakan aduan yang diterima tidak lengkap, jadi kita tak tahu bila pengadu ambil gambar kerana mungkin juga gambar lama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Rosman berkata orang ramai atau pengadu perlu menghantar gambar serta maklumat nombor plat lori dan tarikh serta masa gambar diambil untuk mudahkan pihaknya mengambil tindakan lanjut.


Rosman berkata:”Kita turut menempatkan penguatkuasa dan menjalankan operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan pintu gerbang Terengganu-Pahang di Geliga sejak minggu lalu bagi menghalang lori bauksit daripada menggunakan laluan Bandar Chukai.”

Operasi berkenaan dijalankan di pintu gerbang itu sebab masih ada pemandu lori bauksit yang masih menggunakan jalan utama ini meskipun sudah ada papan tanda amaran yang melarang lori bauksit masuk ke Bandar Chukai, katanya.

Menurutnya kerja-kerja mengangkut bauksit dari Kuantan ke Pelabuhan Kemaman dijangka akan berakhir pada hujung tahun ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lox-M7m5WO0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori