Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Punggung Berselulit, Kim K...

KIM Kardashian mungkin mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui ramai wanita, namun dia sebenarnya masih...

Perlu Seimbangkan Kemajuan Duniawi,...

DUNGUN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat...

Dewan Rakyat Lulus Pindaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan Gas (Pindaan)...

Pensyarah Kolej Matrikulasi Maut...

SEREMBAN - Seorang pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah,...

Beri Penekanan Bahasa Inggeris Di Sekolah Amanah – MB Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mahu Sekolah Amanah di negeri ini memberi penekanan terhadap Bahasa Inggeris bagi memastikan pelajar yang dilahirkan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kepentingan bahasa itu tidak dapat dinafikan kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah merupakan antara punca kegagalan siswazah menembusi pasaran kerja.

“Menekankan Bahasa Inggeris bukan bermaksud kita kurang patriotik, tapi kerana bahasa ini adalah bahasa antarabangsa. Mereka yang kurang fasih dalam bahasa ini akan ketinggalan,” katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Seolah Amanah antara Yayasan Pahang dan Yayasan Amir di sini, hari ini.

Adnan turut melahirkan hasrat supaya penguasaan Bahasa Arab juga dijadikan keutamaan di Sekolah Amanah, yang diharapkan akan melahirkan generasi masa hadapan yang luar biasa, berfikir di luar kotak dan bersifat global.

“Sekolah Amanah merupakan pendekatan baharu dalam bidang pendidikan untuk memperkasakan sekolah dengan memberi kebebasan untuk mengurus dan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

“Kita juga akan buat pemantauan secara berkala untuk pastikan matlamat yang kita tetapkan mengikut landasan yang tepat,” katanya.

Berdasarkan MoU itu, kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menjadi kerajaan negeri pertama yang menaja dan menyokong program pembelajaran selama lima tahun yang dibangunkan Yayasan Amir.


Dua sekolah yang sedang dipertimbangkan bagi pelaksanaan Sekolah Amanah di Pahang ialah Sekolah Kebangsaan Kempadang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, yang terletak di Kuantan.

MoU itu ditandatangani oleh wakil Yayasan Pahang terdiri daripada anggota lembaga pemegang amanahnya Datuk Mohamed Jaafar dan Datuk Kamaruddin Mohamed manakala Yayasan Amir diwakili pengarahnya Zulhelmi Othman.

Sekolah Amanah mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan merupakan sekolah awam yang diuruskan di bawah Yayasan Amir dengan pemimpin sekolah kerajaan di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan.

Setakat ini, terdapat 40 buah Sekolah Amanah di Johor, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori