Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penganjur #Tangkap MO1 Bakal...

WALAUPUN tidak mendapat kebenaran daripada polis, penganjur himpunan #TangkapMO1 tetap meneruskan perhimpunan yang...

Erdogan Tiba Di Malaysia...

SEPANG - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang...

Topi Keledar Kura-Kura Masih...

TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji terhadap topi keledar...

Boustead Pertimbang Jual BHPetrol...

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd sedang mempertimbangkan untuk melupuskan perniagaan stesen minyaknya di...

Bilangan Mangsa Banjir Di Bandar Baharu Tak Berubah

ALOR SETAR – Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan di Bandar Baharu tidak banyak berubah dengan 125 mangsa sehingga 10 pagi tadi berbanding 123 malam tadi.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Noor Azizah A Razak berkata bilangan itu melibatkan 39 keluarga berbanding 37 keluarga sebelum ini meliputi dua pusat pemindahan banjir.

Sebanyak 22 keluarga dengan 83 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu dan 17 keluarga dengan 42 mangsa berada di SK sungai Kechil Ulu, katanya.

Katanya mangsa terlibat adalah penduduk dari Kampung Asam Kumbang, Kampung Bagan Samak, Kampung Berjaya, Kampung Besar dan Kampung Raja.

Seramai 13 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, enam anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat anggota Sukarelawan Malaysia dan dua anggota polis mengendalikan operasi menyelamat dan mengurus mangsa banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori