Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ahli Perniagaan, Penganggur Didakwa...

GEORGE TOWN - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

TPM Ahmad Zahid Tinjau...

BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Lelaki Didakwa Halang Penjawat...

PETALING JAYA - Seorang pemilik kedai cetak didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Giger Dan Lechner Ungguli...

LANGKAWI - Bekas juara 2012, Fabian Giger dari Switzerland membuktikan kehebatannya apabila memenangi...

CAAAM Platform Perkukuh Kerjasama China, Malaysia

KUALA LUMPUR: Penubuhan Persatuan Alumni China Di Malaysia (CAAAM) disifatkan sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara China dan Malaysia.

Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang berkata, CAAAM juga merupakan satu jaringan platform untuk rakyat China di sini untuk berhubung dan berkomunikasi di antara satu sama lain.

“CAAAM ditubuhkan dengan matlamat untuk menghubungkan dan meluaskan jaringan komunikasi di antara penduduk China di sini dengan pihak kedutaan.

“Saya percaya dengan penubuhan CAAAM akan dapat memperlihatkan lebih banyak perkembangan tenaga kerja selain pertukaran pendapat di antara kedua-dua negara selepas ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Tahunan Pertama CAAAM di sebuah hotel, di sini semalam.

2

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria dan Presiden Persatuan Pedagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir.


Majalah rasmi CAAAM, Abridge turut melancarkan edisi pertama keluarannya semalam.

Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar China di Asia sejak tujuh tahun lalu dengan nilai dagangan terbesar sebanyak USD 103 bilion dicatatkan tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Malaysia, China mark 30 years of bilateral relations

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori