Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Kutuk Kekejaman...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia mengutuk rejim Amerika Syarikat (AS) dan Rusia kerana...

Bekas ADUN Dipilih Sebagai...

TAIPING - Bekas wakil rakyat, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dipilih...

Pembantu Perubatan Maut Terjun...

IPOH - Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari...

Mayat Bayi Mereput Dalam...

BATU PAHAT - Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah...

Cerita Orang Gagal ‘Exam’ Tapi Boleh Berjaya

TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi kejayaan di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Meriah nampaknya suasana di laman sosial Twitter dan Facebook dengan pelbagai berita dan cerita mengenai kisah suka duka pelajar ketika mengambil keputusan berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua murid gembira dengan keputusan yang diterima mereka, ada yang menangis tak kesudah apabila keputusan yang diterima sangatlah teruk.

Tidak semestinya gagal mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR, adik semua perlu lemah semangat dan berputus asa.

Memang benar, keputusan UPSR yang baik akan memastikan seseorang itu mendapat peluang pe-ngajian di sekolah terbaik.

Namun kena ingat, jika kita sedar dan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh, tidak kira di mana pun kita bersekolah, kejayaan mampu diterbitkan.

Disebabkan hal ini, kami amat tertarik dengan pautan gambar beserta mesej penting yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Mufarwa Farid.

Gambar yang dimuat naiknya memaparkan keretan imej adik Siti Aisyah Mawardi, 12 yang merupakan pelajar di kelas corot di sekolah, namun mampu meraih 5A UPSR.

Gambar tersebut sahaja sudah cukup memberitahu kepada kita yang mana Tuhan itu maha adil.

Bayangkan keadaan dirinya yang berada di kelas tercorot serta ibu bapanya pula telah bercerai, bertapa tingginya dugaan yang dihadapi adik ini namun berkat usahanya yang gigih, adik Aisyah mampu meraih kejayaan.

Sebelum kami bercerita lebih panjang, jom kita lihat nasihat penting yang ingin disampaikan oleh saudara Mufarwa Farid ini yang juga merupakan seorang pemotivasi.

terbaik

Ada kawan aku, dapat UPSR 2A je dulu. Sekarang ni, umur dah 22, dia kat German ambik Engineering dapat sponsor penuh daripada JPA.

Sorang lagi member aku, dapat UPSR 1A je. Ada satu D kalau tak silap. Sekarang ni tengah sambung Master kat UPM, dalam bidang pertanian.

Ada jugak la member aku, dapat UPSR 5A. Lepas tu SPM melingkup, lepas tu sampai sekarang menganggur duduk rumah makan nasi duit mak bapak lagi.

Orang yang bawah daripada dia dulu, dah mabuk-mabuk kat German dan dah happy-happy kat UPM.

Pengajarannya?

UPSR ni bukan time kau nak bersedih atau bergembira. Tapi ini adalah time kau mulakan azam baru.

Yang cerdik, mulakan azam dari sekarang untok kekalkan kecerdikan.


Yang tak cerdik, dapat result tak best, mulakan azam dari sekarang untok berubah jadi cerdik.

UPSR bukan segalanya, tapi segalanya adalah bermula daripada kau.

Kalau kau rasa bodoh dan tak boleh go on, kau sangat silap.

Ada je ramai yang dapat result UPSR teruk, tapi time SPM dia power. Siap dah buat Master lepas tu, macam member aku kat UPM tadi.

Ada jugak teruk UPSR, tapi Tuhan bagi dia pergi belajar luar negara bila lepas sekolah menengah.

Tapi jangan lupa,

Kau power UPSR pun, tapi kau salah pilih kawan, malas belajar, berlagak nak mampos dan ikut member buat benda bukan-bukan,

Tak guna weh kau punya result. 5A tu takde makna. 5A tu takde makna kalau kau tak berazam untok berubah menjadi lebih baik.

Aku ulang sekali lagi,

Kalau kau tak berazam untok berubah menjadi lebih baik,

Tak guna result 5A kau tu.

Apa-apa pun,

Tahniah lah kepada adik-adik yang dah dapat result tu!

Abang doakan kau berjaya sampai bila-bila,

Dan keputusan yang kau dapat itu adalah keputusan yang memberi kebaikan pada kau!

Buat adik-adik yang tidak mendapat keputusan yang baik, janganlah bersedih dengan keputusan UPSR… Ramai lagi orang yang tak ‘hebat’ UPSR, tetapi semasa peperiksaan SPM, dia hebat.

Di sekolah menengah nanti, lagi banyak cabaran yang bakal ditempuh, jangan diikut kawan bukan-bukan, dan rajinkanlah diri. Sebab, kalau tersilap langkah, sia-sialah keputusan 5A tu.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori