Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menarik.. Kisah Mona Fandey...

PASTI anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik nama Maznah Ismail, tetapi bila disebut nama...

30 Maut Bot Karam...

TRIPOLI - Sekurang-kurangnya 30 pendatang meninggal dunia dan 200 yang lain berjaya diselamatkan...

LGBT Takut Polis, Enggan...

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam...

Siapakah Sebenarnya Kim Jong-Nam?

SEORANG lelaki dikenal pasti sebagai abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong-Un mati...

“Chong Wei Tahu Apa Dia Buat” – Khairy

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin sebarang keputusan atau langkah yang diambil oleh jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Khairy percaya apa yang dilakukan oleh Chong Wei adalah demi masa depan serta matlamat beliau untuk menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Saya rasa Chong Wei tahu apa dia buat dan kita akan membuat persiapan terbaik untuk Chong Wei sebelum beliau ke Olimpik,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis, selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN di Singapura dari 3 hingga 9 Disember ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan beberapa pihak yang berpendapat jaguh badminton negara itu berada di tahap kemuncak terlalu awal dan akan menurun menjelang Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Ogos tahun depan.

“Takkan kita hendak fikir macam itu. Kalau Chong Wei kalah, kita kecam dia.Kalau menang, kita kata pula Chong Wei mencapai kemuncak terlalu awal,” katanya.

Pemain perseorangan lelaki utama negara itu meraih tiga kejayaan pada penampilannya di Super Siri – Terbuka Perancis, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.


Malah, kejayaan beliau dianggap lebih manis apabila berjaya menewaskan dua musuh tradisinya dari China, Lin Dan dan Chen Long pada Terbuka China baru-baru ini.

Pemain berusia 33 tahun itu melonjak ke ranking ketiga dunia daripada kedudukan keenam selepas muncul juara Terbuka Hong Kong, minggu lepas, di belakang Chen Long yang masih kekal sebagai pemain nombor satu dunia diikuti pemain Denmark, Jan O Jorgensen.

Chong Wei dikatakan bakal berdepan jadual padat pada tiga bulan pertama tahun depan dalam usahanya memecah kelompok empat terbaik dunia bagi membolehkan beliau mendapat laluan lebih mudah pada temasya Olimpik 2016.

Bekas pemain nombor satu dunia itu perlu sekurang-kurangnya menghuni ranking keempat dunia, sekali gus mengelak pertemuan dengan Chen Long dan Lin Dan di pusingan awal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]F83uh_2rSRo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori