Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Kami Kawan Yang Sangat...

GAMBAR-GAMBAR berdua yang dimuat naik Hafeez Mikhail dalam Instagramnya mencetuskan tanda tanya netizen...

Kritikan Ikhlas Akan Bantu...

KUALA LUMPUR - Sebarang kritikan yang dibuat secara ikhlas termasuk apabila berbeza pendapat...

Pengedar & Pelanggan Ditahan...

TELUK INTAN - Polis menahan seorang pengedar dadah dan pelanggan wanitanya bersama selaras...

MyEG Rugi Bersih RM97...

KUALA LUMPUR - MY E.G. Services Bhd (MyEG) mencatatkan kerugian bersih RM97.47 juta...

Cool! Mesin Vending Beli Kereta Yang Pertama Di Dunia

SEBUAH syarikat kereta terpakai di Tennessee, Amerika Syarikat mempunyai cara lebih cool untuk para pelanggan mendapatkan kereta idaman mereka.

Kaedah yang diguna pakai syarikat Carvana ini beroperasi sama seperti mesin vending yang lain, yang mana pelanggan hanya perlu memasukkan syiling bagi mendapatkan produk yang diingini.

Konsep yang telah diusahakan sejak dua tahun lalu itu sebenarnya bermula di Atlanta namun sejak itu mereka mula melakukan penambahbaikan bagi menjayakan cara baharu pembelian kereta yang paling mudah, cepat dan ekspres.

Ketua Pegawai Eksekutif Carvana, Ernie Garcia berkata, ianya merupakan mesin vending tercanggih di dunia yang menawarkan pelbagai jenis kereta diidamkan pelanggan dengan hanya memasukkan syiling khas yang dikeluarkan syarikat terbabit.

5

Mesin itu mengandungi lima tingkat menara kaca yang boleh menampung 20 kereta pada satu-satu masa.


Pelanggan hanya perlu mendapatkan maklumat mengenai kereta yang ingin dibeli di laman web mereka, buat pembayaran dan kemudian mengambilnya di mesin tersebut sekaligus menjimatkan kos penghantaran kenderaan. – MYNEWSHUB.CC

4

3

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori