Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Direman Bantu Siasatan...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan...

Kek Logo Parti Politik...

HARI Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan menjelang tidak lama lagi telah...

Anak Jean-Claude Van Damme...

ANAK perempuan Jean-Claude Van Damme pun sudah sama hebat dengan bapanya sendiri! Masakan tidak,...

Filem Dokumentari Karya Anak...

INDRANI Kopal membuktikan pepatah 'Malaysia Boleh' menjadi satu realiti selepas karyanya dinobatkan sebagai Dokumentari...

Cuaca: Misi Shahrom Ke Kutub Selatan Tertangguh

KUALA LUMPUR – Misi penjelajah tunggal negara, Shahrom Abdullah dalam Misi Ekspedisi Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Rentas Kutub Selatan tertangguh selama lima hari berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di Union Glacier, Antartika.

Menurut penasihat ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof, penerbangan Shahrom, 36, dari Union Glacier ke Messner Inlet dibatalkan pada tiga hari lepas dan sedang menunggu jadual penerbangan baharu.

Penerbangan khas dari Union Glacier ke Messner Inlet menggunakan pesawat jenis Ilyushin mengambil masa selama lebih empat jam dengan jarak 2,985 kilometer.

“Kita menjangkakan dalam sehari dua lagi cuaca akan kembali baik dan Shahrom akan meneruskan penerbangan khas itu ke Messner Inlet, sekali gus membolehkan beliau bersiap sedia untuk memulakan misi ekspedisinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.


Mengikut jadual asal katanya, Shahrom sepatutnya berlepas ke Messner Inlet pada 23 Nov lepas bagi memulakan ekspedisinya merentas Kutub Selatan menggunakan ski sejauh 1,000 kilometer ke titik kosong darjah.

Sementara itu, Presiden KE7B Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin yang juga pengelola ekspedisi berkata masalah penerbangan tertangguh akibat cuaca merupakan perkara biasa yang sering berlaku di Union Glacier. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3YlDEZQfzQw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori