BARU-BARU ini kisah 550 ekor kambing yang dipelihara seorang perternak, Liezel Kennedy di sebuah ladang di Kanada yang lesap, telah kecoh menjadi bahan bualan masyarakat.
Mana tidaknya, mustahil jumlah kambing yang sebanyak itu boleh lesap begitu sahaja bukan?
Walau bagaimanapun, wanita yang berasal dari Shamrock, Saskatchewan itu tergelak dengan dirinya sendiri selepas perasan punca insiden berkenaan.
Kesemua kambing yang diternaknya itu rupa-rupanya memiliki teknik sembunyikan diri sama seperti ‘ninja’ sehinggakan wanita itu sendiri terpedaya dan tertipu.
Kalau tak percaya cubalah cari kesemua kambing-kambing yang hilang itu menerusi gambar di bawah. – MYNEWSHUB.CC