SEORANG lelaki berusia 36 tahun ditangkap oleh polis United Kingdom ketika cuba memerangkap gadis berusia 14 tahun untuk dijadikan mangsa pemuas nafsunya. William, dipercayai langsung tidak menyangka bahawa dia bakal ditangkap kerana kelakuannya itu.
William berkenalan dengan remaja yang jadi sasaran mangsanya di laman sesawang seterusnya berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
Apa yang menarik, remaja itu sebenarnya adalah ‘perangkap’ yang digunakan untuk menangkap Pedofil di United Kingdom.
William kemudian ditangkap ketika sedang menunggu mangsanya di tempat yang dijanjikan untuk mereka bertemu pada hujung Oktober lalu.
Golongan Pedofil sememangnya bahaya, maka awasilah tingkah laku anak-anak anda supaya tidak menjadi mangsa mereka.
Walaupun kes ini bukan berlaku di Malaysia, tiada salahnya kalau ambil langkah berjaga-jaga kerana golongan jahat ini mungkin sedang bebas mencari mangsanya di sekitar kita. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Fatin