Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banteras Lesen Niaga Alibaba...

TAWAU - Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh meminta Majlis Perbandaran Tawau...

“Cinta Saya Pada UMNO...

BONGAWAN - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membuat keputusan keluar UMNO...

Malaysia Cadang Isu Rohingya...

KEPALA BATAS - Isu penindasan masyarakat minoriti Islam Rohingya di Rakhine, Myanmar perlu...

Jangkitan Baharu Covid-19 Lepasi...

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat melepasi 7,000 dengan 7,234 kes...

Cuepacs Saran Mesin Kiosk JPJ Ditambah Di Seluruh Negara

DUNGUN – Cuepacs hari ini menyarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah bilangan danmenaik taraf perkhidmatan mesin kiosk jabatan itu di seluruh negara.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata saranan itu dibuat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan itu memandangkan mesin kiosk berkenaan hanya ditempatkan di kawasan yang terhad.

“Orang ramai sering merungut untuk menggunakan perkhidmatan mesin ini. Jadi kita harap pihak kerajaan dapat memberikan satu peruntukan kepada JPJ bagi menambah dan menaik taraf mesin tersebut,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ, di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut di sini.

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam.

Pada majlis itu, seramai 248 calon terdiri daripada 111 lelaki dan dan 137 wanita warga emas memperoleh lesen motosikal kelas B2.

Menurut Azih, setakat ini sebanyak 51 buah mesin kiosk berkenaan sudah ditempatkan di pejabat JPJ seluruh negara dan daripada jumlah itu, hanya 25 buah sahaja yang berfungsi manakala yang lain mengalami kerosakan.


Jelasnya perkhidmatan mesin kiosk itu juga perlu diperluaskan ke tempat yang menjadi tumpuan awam serta kawasan pedalaman bagi memudahkan pelaksanaan urusan orang ramai tanpa perlu ke pejabat JPJ.

“Apabila ditempatkan di kawasan tumpuan, maka ia memudahkan penduduk terutamanya yang tinggal jauh dari bandar untuk berurusan seperti membaharu lesen memandu, cukai jalan, membayar saman dan sebagainya.

“Jadi kita harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan dan menilai perkara ini bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” katanya.

Katanya, di negeri Terengganu hanya tiga buah mesin kiosk berkenaan ditempatkan di pejabat JPJ dan keadaan itu dilihat tidak mencukupi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori