Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tekong, Kru Bot Hilang...

KOTA KINABALU - Tekong dan seorang kru bot membawa pelancong China yang hilang...

Umat Islam Dilarang Sertai...

PUTRAJAYA - Umat Islam diingatkan untuk tidak menggunakan aplikasi Sugarbook berikutan sebarang perbuatan...

Lagi Kluster Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Satu kluster baharu dikesan melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak, dikenali sebagai ‘Kluster Sentosa',...

“Kita Dinilai Atas Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai...

DAP Desak Mansuhkan Program BTN

KUALA LUMPUR – DAP meminta kerajaan Pusat menghapuskan program Biro Tata Negara (BTN) kerana didakwa kononnya menyebarkan fahaman perkauman dalam kalangan masyarakat Melayu.

Penasihatnya, Lim Kit Siang mendakwa, BTN sejak dahulu melaksanakan aktiviti yang negatif bagi memecah-belah rakyat dengan menghasut semangat perkauman, perpecahan dan ketaksuban.

“BTN menghasut sikap tidak bertoleransi, bukan memupuk semangat patriotisme, perpaduan, persefahaman dan muhibah antara kaum.

“Pengulangan Pengarah BTN, Datuk Raja Arif Raja Ali terhadap label `pendatang’ bagi kaum India dan Cina lebih melukakan berbanding sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Arif sebelum ini menegaskan kenyataannya bahawa tiada apa yang salah menyifatkan Cina, India dan beberapa kumpulan lain sebagai ‘pendatang’ atau menggambarkan asal-usul warga Malaysia tertentu.


Menurut beliau, istilah `pendatang’ hanyalah bermaksud `imigran’ yang memberi gambaran tepat warga asing.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa, kerajaan perlu memansuhkan BTN kononnya bagi menunjukkan kerajaan Malaysia lebih berkuasa berbanding BTN. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori