KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan terpaksa menyeru ahli UMNO di seluruh negara untuk membantu pembangkang menggulingkan kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, ahli UMNO wajar membantu DAP dan Pakatan Harapan menggulingkan kerajaan konon demi menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang gagal.
“DAP dan Pakatan Harapan bukan mementingkan kepentingan politik kami tetapi kepentingan negara.
“Pakatan Harapan dan DAP bersedia bekerjasama dengan 3 juta ahli UMNO untuk menenggelamkan kapal Najib,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang turut menagih simpati dengan menyeru wakil rakyat UMNO supaya membantu Pakatan Harapan yang mempunyai seramai 72 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk menjatuhkan Najib.
“Pakatan Harapan mempunyai 72 Ahli Parlimen tetapi PAS pula mengumumkan (Ahli Parlimennya) tidak akan menyokong kami,” katanya ketika membuat rayuan lucu tersebut. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]B_2NjeiITRY[/wpdevart_youtube]