Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PKR Kemuka Permohonan Maaf...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat permohonan maaf kepada Setiausaha Agung...

Shazelina Serah Watikah Pelantikan...

DAKAR – Republik Senegal, sebuah negara di Afrika Barat, berminat meluaskan kerjasama dengan...

Cuaca Panas Akibat El...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka...

UMNO Belum Terima Permohonan...

TIMBALAN presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata UMNO belum menerima...

DAP Menang Di Pulau Pinang Hasil Kerjasama Dengan PAS

KOTA BHARU – Pemecatan 300 ahli PAS daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pulau Pinang tidak patut berlaku kerana DAP menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 hasil gerak kerja bersama PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berikutan itu PAS kini perlu bertindak menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

“Dari segi pentadbiran… kita lihat ini satu tindakan yang agresif yang dibuat oleh DAP. PAS melahirkan rasa dukacita dengan tragedi ini,” katanya.

Beiau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 60 Tahun PAS Kelantan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan pemecatan itu.


Mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Kelantan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim menasihati Husam agar menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.

“Husam sebagai ahli parti masih boleh membuat sumbangan kepada parti, bukan menentang, mengganggu dan merosakkan parti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Husam sebagai ADUN Salor sepatutnya menyuarakan kritikannya secara dalaman bagi mengelakkan pelbagai persepsi negatif daripada orang ramai. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_Y8DWfztr1U[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori