WALAUPUN sudah menggantung but sejak dua tahun lalu, ia tidak menghalang bekas bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham mencurahkan kudrat untuk satu perlawanan amal untuk Unicef.
Dalam perlawanan itu, David bergandingan dengan anak sulungnya Brooklyn, 16.
Perlawanan berlangsung di Stadium Old Trafford, Manchester.
Keputusan memihak pada pasukan yang disertai David, Great Britain and Ireland yang berjaya menumpaskan pasukan Rest of the World, 3-1.
Tiga lagi anak David iaitu Romeo, Cruz dan Harper turut hadir memberikan sokongan kepada bapa dan abang mereka.
– MYNEWSHUB.CC