Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Reaksi Shila Amzah Terhadap...

SEWAKTU malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah...

Keracunan Alkohol Tidak Lagi...

KUALA LUMPUR - Kematian akibat keracunan arak tidak lagi terhad ke Lembah Kelang...

Amanda Knox, Suspek Bunuh...

JIKA anda masih ingat kisah pembunuhan tragis pelajar Britain, Meredith Kercher pada 2007...

Kereta Akan Ditunda Sekiranya...

INDIVIDU yang menyalahgunakan laluan khas basikal akan dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk kenderaan bakal...

Debat 1MDB Berkemungkinan Dipolitikkan – Mukhriz

ALOR SETAR – Perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dengan Tony Pua atau Rafizi Ramli tidak semestinya membantu menjernihkan keadaan, malah berkemungkinan ia akan dipolitikkan.

Ini kerana menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, kedua-dua anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dan anggota Parlimen Pandan itu dikenali amat cekap mempolitikkan sebarang isu.

“Saya tidak pasti kalau pendekatan debat ini boleh membantu lebih-lebih lagi kalau ia menjadi politik, sebab, mulanya Tony Pua kemudiannya Rafizi. Kita tahu dua ahli politik ini memang cekap dalam mempolitikkan isu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini.

Pembabitan Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Rafizi, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perdebatan itu katanya, tidak menjamin isu IMDB itu tidak dipolitikkan.

Menurut Mukhriz, apa yang diperlukan ketika ini adalah pendekatan untuk menjelaskan isu berkenaan integriti IMDB tanpa ‘dicemari’ dengan isu-isu politik.

“Saya tidak yakin sama ada Tony (Pua) atau Rafizi (Ramli), debat itu tidak akan berunsur politik. Kalau hendak berdebat, mungkin selain dengan orang-orang politik saya ingat,” kata beliau.


Mengenai penolakan PAS Kedah terhadap tawaran kerjasama daripada UMNO Kedah, Mukhriz berkata, pihaknya ikhlas untuk menjalin kerjasama di dalam bidang tertentu dengan parti pembangkang itu.

UMNO katanya, telah beberapa kali menghulur tangan persahabatan tetapi tidak disambut oleh PAS.

“Selagi niat kami ikhlas, kami terus berusaha. Jikalau dia (PAS) terima bagus, jikalau tidak diterima hendak buat macam mana,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhurazi dalam kenyataan berkata parti itu bertegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan UMNO. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori