Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan Putera...

Pemilihan PKR: Azmin Dahului...

ALOR SETAR ā€“ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi...

Projek Sakit Di Sarawak...

KUCHING - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi jaminan bahawa projek-projek pembangunan...

KJ Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis...

Deepavali Bukan Perayaan Minum Arak – Mipas

KUALA LUMPUR – Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) memuji kerajaan kerana menyokong kempen Perayaan Deepavali Bebas Alkohol 2015.

Setiausaha Agung Mipas, S. Barathidasan berkata, kempen Perayaan Deepavali Bebas Alkohol 2015 itu dianjurkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan masyarakat India.

“Alkohol tidak membawa apa-apa yang baik untuk kesihatan kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Barathidasan berkata, kajian menunjukkan masyarakat India membelanjakan sebanyak RM150 juta untuk alkohol dan hiburan semasa musim perayaan.

Menurutnya, Deepavali tidak sepatutnya disambut dengan alkohol kerana ia adalah perayaan keagamaan bagi menyambut kemenangan Lord Krishna ke atas syaitan Naragasura.


Bagaimanapun, katanya, budaya pop dan salah faham telah menukar perayaan keagamaan itu kepada sebuah festival parti.

“Kini masa untuk membetulkan salah faham dan mengembalikan Deepavali dengan nilai-nilai yang baik untuk generasi muda,” katanya. -ƃā€šĆ‚Ā MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori