NEW YORK – Usahawan hartanah, Donald Trump dikecam The New York Times kerana mengejek seorang wartawan yang mempunyai kecacatan fizikal dalam sebuah perhimpunan, kelmarin.
Trump dirakam mengejek Serge Kovaleski yang menderitai Arthogryposis dalam satu perhimpunan di South Carolina dengan menggayakan aksi tangan cacat.
Arthogryposis adalah sebuah kondisi yang menghadkan pergerakan tangan.
“Kami mendapati tindakan Trump adalah keterlaluan kerana mengejek penyakit yang dideritai oleh wartawan kami,” ujar media yang mewakili wartawan cacat tersebut.
CNN Money pula melaporkan Trump bertindak demikian selepas beliau ‘terasa’ dengan artikel yang ditulis oleh Kovaleski pada 2001.
Artikel tersebut menuduh Trump menipu selepas Trump mendakwa ternampak beribu-ribu orang Islam di New Jersey bersorak kegembiraan semasa menara berkembar World Trade Center (WTC) diserang pengganas dan runtuh pada 11 September 2001.
Pihak berkuasa turut menafikan dakwaan Trump ketika itu dan rekod menunjukkan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang Islam di New Jersey ketika kejadian.
- MYNEWSHUB.CC
[wpdevart_youtube]jAw6vnQBFyQ[/wpdevart_youtube]