Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

5 Tan Abu Al-Quran...

GEORGE TOWN - Sebanyak lima tan abu daripada al-Quran yang dibakar, dilupuskan di...

Suasana Muram Ekonomi, Pasaran...

KUALA LUMPUR - Saban tahun pengumuman agihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera...

Aktifkan Semula Majlis Khas...

PUTRAJAYA - Kerajaan disarankan agar mengaktifkan semula majlis khas jaminan makanan bagi meningkatkan...

Sebuah Pasar Raya Di...

SEREMBAN - Bahagian atas sebuah lot kedai menyimpan barang-barang stor di pasar raya...

Dun Johor Rakam Takziah Kepada Keluarga Then

NUSAJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Bernard Then Ted Fen yang dipercayai dibunuh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Ucapan berkenaan dizahirkan oleh Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz sebelum pembentangan Bajet Negeri Johor 2016 oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kota Iskandar, di sini.

Mohamad turut meminta semua anggota DUN Johor bertafakur selama seminit bagi memperingati kematian Then.

Media asing melaporkan bahawa Then, 39, seorang jurutera elektrik dari Sarawak, dipenggal kepalanya kira-kira 4 petang, Selasa lepas, di kubu kuat Abu Sayyaf yang terpencil di pulau Jolo di wilayah Sulu, kira-kira 1,400km selatan Manila.


Then dan seorang wanita, Thien Nyuk Fun, 50, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan pada 7.45 malam 14 Mei lepas.

Bagaimanapun, pada 8 Nov, Thien, pengurus restoran itu, dibebaskan oleh penculiknya berikutan rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dan penculiknya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]brw1QUajHHo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori