Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Imigresen Melaka Tahan 28...

MELAKA - Sebanyak 28 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan...

Ahmad Maslan Tak Tanding...

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak desas-desus bertanding pada Pilihan...

Segera Lapor JTK Jika...

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan...

Parlimen Mula Bersidang 16...

PUTRAJAYA - Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

ESSCOM Perlu Sentiasa Siap Siaga, Lakukan Pencegahan Berterusan

KOTA KINABALU – Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) perlu sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan selain melakukan pencegahan berterusan di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata ini penting bagi memantau pergerakan anasir penjenayah rentas sempadan dari Selatan Filipina yang melakukan aktiviti penculikan.

“Ini kerana kumpulan penculik berkenaan sentiasa mengintai peluang dan saat leka untuk melakukan jenayah terancang dan sudah sebati dengan survival kehidupan mereka,” katanya ketika membahaskan Ucapan Belanjawan Negeri 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Nasir berkata ESSCOM juga perlu kerap menggerakkan fasiliti di kawasan berisiko tinggi yang terdedah kepada ancaman penjenayah rentas sempadan selain
mengenalpasti lorong berkemungkinan menjadi laluan penjenayah meloloskan diri.

Beliau berkata aset pertahanan yang ditempatkan di pantai timur Sabah dilihat mampu memperkukuh lagi operasi kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.


Bagaimanapun, Nasir berkata kerjasama negara jiran terbabit amat penting dalam usaha memantau sempadan perairan negara kerana tanpa sokongan mereka, adalah amat sukar untuk mengawal perairan walau secekap manapun pasukan keselamatan negara.

Di samping itu, katanya pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti penculikan oleh kumpulan tidak berperikemanusiaan itu kerana ia telah menjadi ‘duri dalam daging’ dalam menyemarakkan industri pelancongan negeri pada masa akan datang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bDG_s62wsaY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori