Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Parlimen Belia Catat Sejarah,...

KUALA LUMPUR - Parlimen Belia Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila bersidang buat kali...

Harga Siling Semua Jenis...

KUALA LUMPUR - Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan...

Now Everybody Is Journalist...

Selepas sira The New New Journalism berakhir, muncul gerakan Post Modern Journalism yang...

Tesco Akan Ambil 600...

KUALA LUMPUR - Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan mengambil lebih 600 pekerja...

Facebook Umum Cuti 4 Bulan Staf Ibu Bapa Dapat Bayi Baharu

Menurut laporan stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, insentif khas menerusi cuti bayi tersebut akan diberikan kepada kedua-dua ibu dan bapa kakitangan wanita dan lelakinya di seluruh dunia.

Perkara cukup mengejutkan tersebut diumumkan oleh Lori Matloff Goler, ketua sumber manusia dan usaha pengambilan pekerja di gergasi media sosial berkenaan melalui laman blog hasil tulisan beliau pada Khamis.

“Kami mahu memberi sokongan kepada semua kakitangan kami di setiap peringkat kehidupan mereka. Justeru menawarkan cuti keibubapaan atau cuti ‘bayi’ antara aspek penting dalam hal ini,” kata wanita tersebut lagi.

Secara kebetulan, pemerintah Singapura pada masa sekarang turut menawarkan cuti bersalin selama empat bulan, maka dasar baharu Facebook itu dijangka juga memanfaatkan golongan bapa di republik pulau kecil berkenaan.

Baca: Mark Zuckerberg Ambil Cuti 2 Bulan Sambut Kelahiran Anak

mark

Polisi terbaharu Facebook itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016, dan ditawarkan kepada semua ibu bapa yang berkhidmat dengan laman berkenaan, tidak kira sama ada mereka ialah penjaga utama bayi tersebut.


“Semua ibu bapa baharu di semua pejabat kami di seluruh dunia, termasuk mereka yang menimang cahaya mata atau mengambil bayi angkat pada 2015 asalkan kakitangan Facebook ketika itu, layak memanfaatkannya.

“Cuti bayi ini boleh diambil oleh kakitangan terlibat pada bila-bila masa sahaja sehingga setahun selepas bayi itu dilahirkan demi memastikan institusi kekeluargaan asas dapat dipelihara tanpa masalah,” jelas Goler lagi.

Facebook membuat pengumuman tersebut setelah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg minggu lalu berkata bahawa beliau akan mengambil cuti bapa dua bulan selepas isterinya, Priscilla Chan bersalin.

Firma laman itu yang ditubuhkan sejak 4 Februari 2004 di California, Amerika Syarikat setakat ini menggaji lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia dan turut memiliki 1.4 bilion pengguna aktif. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori