Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

HPPC Bantu Atasi Masalah...

BESUT - Penubuhan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPPC) di Balai Informasi Pertanian...

‘Orang Kuat’ Pengasas PPBM...

APA sudah jadi? Baru ditubuhkan 9 September tahun lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...

Konvoi Kembara Haji Bertemu...

FERGANA – Tidak ada yang lebih mengembirakan peserta Kembara Inspirasi Haji apabila mereka...

Jangan Gopoh Ambil Tindakan...

IPOH - Kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak terburu-buru...

FAM ‘Nyah’ Keluar Singapura Mulai Liga Musim Depan

SINGAPURA – Pasukan bola sepak kebangsaan dari Singapura, LionsXII tidak lagi akan bermain dalam Liga Super Malaysia (MSL) mulai pada musim 2016, lapor stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia pada Rabu.

Ia memetik kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu sidang media yang diadakan lewat 24 November di Kuala Lumpur, susulan hasil mesyuarat jawatankuasa eksekutif badan nasional sukan tersebut.

Menerusi laman web rasminya, FAM menyatakan pihak mereka tidak akan lagi memperbaharui perjanjian perlawanan dengan melibatkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang ditandatangani pada 2011 lalu.

Justeru, LionsXII tidak akan bermain dalam MSL mulai awal 2016. Pasukan itu ditubuhkan sejak 2011 dengan stadium tuan rumah di Jalan Besar di sini berkapasiti 8,000 penonton dan mula bermain dalam MSL pada 2012.

lionsxii1

Pasukan bertaraf kelab jemputan ini dilaporkan kecundang 1-4 dalam perlawanan pertama menentang tuan rumah Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk peringkat suku akhir Piala Malaysia pada malam Selasa.


Sejak menyertai kancah MSL secara rasmi pada 2012 lalu, LionsXII pernah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara untuk Liga Super pada 2013, selain telah melakar rekod menjulang trofi Piala FA pada musim ini.

Kekosongan tempat LionsXII itu bakal diambil alih oleh sebuah pasukan tempatan yang sudah dikenal pasti telah pun melayakkan dirinya untuk menyertai liga elit tersebut melalui beberapa perlawanan saringan sebelum ini.

Singapura pernah menyertai liga Malaysia sejak 1921 lagi (waktu itu Piala HMS Malaya) sebelum menarik diri pada 1994 susulan ‘kritikan’ kejayaan berganda pasukan tersebut memenangi Liga-M dan Piala Malaysia masa itu.

Untuk rekod, Singapura memenangi Piala Malaysia sebanyak 24 kali selain naib juara 19 kali iaitu kedua terbaik selepas pasukan Selangor dengan rekod menang 32 kali dan naib juara pula 15 kali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori