Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cara David Teo ‘Tidak...

PENGARAH Mamat Khalid menyifatkan cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG), Datuk...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum...

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan...

Dadah RM7.5 Juta Dirampas...

KUALA LUMPUR - Lima sindiket pengedaran dadah berskala besar dapat ditumpaskan di seluruh...

Malaysia Membenam Timor Leste...

LARKIN - Malaysia meraih kemenangan pertama tahun ini di bawah bimbingan jurulatih, Datuk...

Fasa Dua Jalan Segamat-Muar Mula Dibuka – Fadillah

SEGAMAT – Jalan baharu Segamat-Muar yang kini sudah memasuki fasa dua membabitkan jarak kira-kira 22 kilometer dengan kos RM330 juta dari bandar ini ke Jementah, telah siap sehingga 98 peratus, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata jalan berkenaan yang mula dibina pada 2011 itu merupakan projek naik taraf jalan sedia ada, kini dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya.

“Jalan ini merupakan naik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong dan Alhamdulillah ia kini telah siap sehingga 98 peratus dan pengguna boleh melaluinya dengan selesa.

“Satu lagi fasa pembinaan jalan ini akan bermula pada tahun hadapan manakala tiga lagi fasa dijangka siap melalui Rancangan Malaysia Ke-11 nanti,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan jalan berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Alam Sekitar Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemelah, Datuk Ayub Rahmat dan Anggota Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap.

Fadillah berkata bagi sambungan tiga lagi fasa sehingga ke Muar pihaknya akan memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan persekutuan melalui RMK-11.

Katanya keseluruhan jalan Segamat-Muar itu adalah membabitkan jarak sejauh 64 kilometer yang membabitkan kos keseluruhan sebanyak hampir RM1 bilion.


Menurutnya dua fasa yang hampir siap dibina ini asalnya dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini sehingga terputus laluan.

“Sebab itu hari ini saya akan bertemu dengan pemimpin setempat untuk membincangkan permasalahan mereka bagaimana kawasan penduduk yang kini tinggal di kawasan rendah setelah siapnya jalan ini dapat mengatasi juga masalah banjir yang dialami mereka.

“Apabila siap jalan ini membolehkan proses penghantaran bantuan dapat disempurnakan ketika banjir dan penduduk boleh meletakkan kenderaan di jalan ini ketika banjir berlaku,” katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama kerajaan mahu mengurangkan impak banjir kepada penduduk setempat apabila siapnya jalan berkenaan.

Sementara itu beliau mengalukan penubuhan Rakan KKR di daerah ini yang akan menjadi mata dan telinga kepada kementeriannya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

“Seramai 30 orang menerima sijil Rakan KKR Segamat ini yang diharapkan akan menyalurkan maklumat seperti jalan berlopak dan sebagainya kepada kementerian untuk meningkatkan perkhidmatan dengan lebih cepat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori