Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Raikan Kemenangan Syawal Budaya...

Dengan senarai ilmuwan terbilang tempatan dan barisan nama-nama ulama tersohor dari seluruh pelusuk...

Badminton: Bintang India Singkir...

JAKARTA - Pemain bukan pilihan dari India, Srikanth Kidambi menempah tempat ke final...

Mahfuz Omar Bantah Boikot...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar membantah saranan Menteri Pertanian...

Gelombang Varian Omicron Sudah...

SHAH ALAM - Gelombang varian Omicron yang sudah bermula di Malaysia dijangka mengakibatkan...

Gagal Jadi Pilot Sebab Pendek, Dia Buat Pesawat Sendiri

ADDIS ABABA – Asmelash Zeferu pernah berasa amat kecewa apabila ditolak menyertai latihan juruterbang semata-mata hanya kerana tubuh badannya kurang satu sentimeter daripada syarat ketinggian yang ditetapkan.

Namun, warga Habsyah berusia 35 tahun itu tidak membiarkan masalah kekurangan tersebut terus melunturkan cita-cita tingginya mengemudi sebuah pesawat terbang di angkasa raya, lapor akhbar Britain, The Daily Mail.

Hujung minggu ini, beliau merancang untuk mengemudi pesawat ringan K-570 buatannya sendiri berhampiran ibu kota Ethiopia itu, Addis Ababa, dan berkahwin dengan tunangnya, Seble Bekele sebaik sahaja mendarat.

asmelash2

Lebih menakjubkan, beliau tidak pernah mengemudi pesawat sebelum ini, tetapi berharap, percubaannya kali ini berjaya membuahkan hasil, berbanding lima bulan lalu apabila bahagian kipas pesawatnya tiba-tiba pecah pula.

Asalnya bermula 15 tahun lalu, Zeferu cuba menyertai cawangan Dire Dawa di Akademi Penerbangan Ethiopian Airlines tetapi ditolak kerana ketinggian 1 meter 70 sentimemer, hanya 1 sentimeter pendek daripada syaratnya.

Namun, Zeferu tidak berputus asa. “Saya memutuskan untuk bina pesawat sendiri jika saya tidak boleh menjadi juruterbang. Jadi saya mampu terbang tinggi di angkasa,” katanya ketika ditemui stesen antarabangsa CNN.

asmelash3

Uniknya, beliau memberitahu hanya mempelajari sendiri setiap aspek penghasilan sebuah pesawat bersaiz kecil menerusi pelbagai manual dan beberapa video panduan pembuatan yang disiarkan melalui laman YouTube.


Zeferu memilih untuk membina pesawat era lama sebelum Perang Dunia Pertama seperti kapal terbang ringan yang pernah digunakan kebanyakan juruterbang pelatih di Amerika Syarikat pada 1920-an dan 1930-an.

Beberapa bahagian pesawat buatannya itu malah diambil langsung daripada model berkenaan, dan komponen bakinya adalah bahagian terpakai yang sebenarnya boleh dibeli dengan mudah di pasar Merkato di Addis Ababa.

asmelash1

Sayap pesawat sepanjang 8.5 meter dibuat daripada sejenis kayu khas yang diimport dari Australia. Malangnya model pesawat yang ingin dibuatnya itu memerlukan enjin Ford, yang harganya terlalu mahal di pasaran.

Justeru beliau terpaksa menggunakan enjin daripada jenis kereta Volkswagen model Beetle dan menurut The Daily Mail, lima bulan lalu, Zeferu pernah cuba mengemudi pesawat buatannya itu, tetapi eksperimen gagal.

Ia tidak berjaya terbang akibat bahagian kipas yang pecah, namun beliau tetap tidak berputus asa dan membina semula sebuah pesawat baharu dengan melakukan pelbagai penambahbaikan serta kali ini lebih menyeluruh.

“Impian saya ialah untuk menjadi jurutera bidang aeroangkasa dengan pihak NASA di Amerika Syarikat kelak. Dan saya pasti akan mencapai impian saya ini,” tegas Zeferu lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori