WALAUPUN di Malaysia Halloween tidak disambut namun keunikan pesta tersebut tetap memberi kesan.
Sudah tentu perkara paling menarik dalam sambutan itu adalah kostum yang dikenakan oleh orang yang meraikannya.
Mereka bebas memilih pakaian untuk menjadi sesiapa sahaja yang mereka suka.
Seperti seorang bapa dan anak lelakinya ini, penampilan mereka berdua ternyata sangat unik dan menarik perhatian netizen.
Mana tidaknya, dalam pesta yang disambut pada hujung Oktober lalu, kedua-dua beranak itu memilih untuk menukar identiti mereka.
[BAPA TUNAI HASRAT ANAK LELAKI MAHU JADI ELSA DAPAT PERHATIAN]
Apa yang mengagumkan, gambar mereka berdua bertukar identiti sememangnya mengelirukan semua orang!
Dari segi tubuh badan, pakaian, raut wajah, jambang dan sebagainya memang seiras sehingga tidak dapat dicam langsung.
Kostum mereka ini boleh dikategorikan antara kostum terbaik untuk tahun ini.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC