GAMBAR seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir tersebar meluas di laman sosial semalam.
Memetik laporan alfajertv.com, ini adalah kejadian pertama seumpamanya berlaku di dunia di mana seekor anjing menyelamatkan seorang bayi menggunakan rahangnya.
Menurut lelaki yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan Elly Baiqtloha, anjing itu menggonggong bayi lelaki yang masih bertali pusat menuju ke sebuah rumah berhampiran.
Selepas pemilik rumah mengambil dan memeriksa bayi tersebut, dia didapati masih hidup lalu segera dibawa ke Hospital Sohar untuk mendapatkan rawatan.
Tinjauan kami mendapati portal berita Emirates247 turut melaporkan kejadian ini.
Gambar tersebut dikatakan menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa minggu lalu dan kejadian dipercayai berlaku di salah sebuah negara “Gulf Kingdom” iaitu Iran, Iraq, Kuwait, Saudi Arabia, Qatar, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman.
Kebanyakan netizen yang melihat gambar ini menyifatkan anjing lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Emirates247