SEKUMPULAN kanak-kanak di Kanada mengambil inisiatif menyebarkan kebaikan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Sempena perayaan Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi, kanak-kanak di Nova Scotia ini melakukan good deeds dengan menyarungkan baju sejuk di sekeliling tiang lampu di bandar tersebut agar golongan gelandangan dapat menggunakannya sepanjang musim sejuk.
Menurut salah seorang ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia sengaja membawa anaknya ke situ dan menyertai kerja sukarela selain bersedekah agar anaknya boleh belajar menghargai nilai kehidupan.
Sehari selepas projek amal itu, kesemua baju sejuk yang diikat di tiang sudah pun tiada dan mencapai pengguna sasaran mereka.
Pengendali kerja amal tersebut berkata, tahun hadapan mereka akan cuba menambah baik apa yang perlu untuk kegunaan gelandangan. – MYNEWSHUB.CC
WHAT IF THE HOMELESS GAVE YOU MONEY?