Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

White Room… Hukuman Yang...

ORANG yang buat salah, sudah pasti akan dihukum. Dalam dunia ini terdapat pelbagai...

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna...

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan...

Nora Sedih Suami Tak...

LUAHAN sedih penyanyi Nora di laman Facebook baru-baru ini yang menyatakan suaminya, Johan Nawawi...

Parlimen Bersidang 15 Hari...

PUTRAJAYA - Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari mulai 13 Julai...

Gempar Jumpa Serpihan Tulang, Korset Tepi Tali Air

TUMPAT – Penduduk Kampung Pak Keral di sini gempar apabila menemui serpihan tulang dipercayai rangka manusia berhampiran dengan tali air di kampung tersebut.

Unit Forensik Polis Kelantan kemudiannya ke lokasi penemuan itu bagi menjalankan siasatan selepas laporan dibuat oleh penduduk setempat.

Penduduk, Fauzi Abdullah, 40; berkata, pada mulanya penduduk menyangka ianya tulang binatang tetapi selepas mengamatinya, ia seperti rangka tangan manusia ditemui kira-kira jam 7 malam Isnin.

“Ada kerja-kerja membersih tali air di sini sejak dua hari lepas. Masa jengkaut gali tali air ini, ada serpihan tulang terangkat naik atas tebing bersama rumput,” katanya.

Menurutnya, paling mencurigakan apabila berdekatan tulang itu turut ditemui korset untuk melangsingkan badan yang sering dipakai oleh wanita.


Katanya, sejak semalam lagi orang ramai berpusu-pusu ke kawasan ini selepas tersebar penemuan rangka manusia menerusi laman sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, pihaknya masih mencari serpihan rangka yang lain dengan bantuan pasukan bomba.

“Kita tidak menolak ia berkemungkinan rangka manusia. Usaha mencari rangka itu masih giat dilakukan pagi,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori