Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Cadang Bank Wujudkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memperkenalkan program kepada bank di negara ini membiayai...

Kelantan Disiasat SPRM Berhubung...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Kasut Buruk Dijual Lebih...

SEBUAH pusat beli belah mewah, Barneys New York telah dituduh menghina golongan miskin...

Benjy, Rakan Wanita Mengaku...

KUALA LUMPUR: Pelakon, Benjy dan seorang rakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Gomez Jamin JDT Lebih Hebat Musim Depan

KUALA LUMPUR – Jurulatih Mario Gomez memberi jaminan persiapan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2016 jauh lebih hebat berbanding musim ini.

Kata Gomez, beliau akan membuat persiapan terhebat buat JDT mempertahankan kejuaraan Piala AFC dan bersaing hebat dalam ‘playoff’ Liga Juara-juara Asia (ACL).

“Nasib kurang menyebelahi JDT dalam saingan Piala Malaysia kali ini namun tiga piala (Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala AFC) sudah cukup untuk menggambarkan JDT sudah berada di kemuncak.

“Persiapan musim depan akan lebih hebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gomez turut mengesahkan bekas penyerang import berbisa JDT, Jorge Pereyra Diaz akan kembali menyarung jersi pasukan berkenaan musim depan.

Menurut beliau, Diaz akan menyertai latihan bersama pasukan itu pada awal Januari 2016 dalam menghadapi kempen baru Liga Malaysia.


Sementara itu, laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers mengeluarkan statistik menunjukkan 64.1 peratus daripada keseluruhan gol diperoleh JDT musim ini dijaringkan oleh pemain tempatan.

“JDT tidak mengharapkan sumbangan pemain import semata-mata untuk mencipta kemenangan.

“Carta tersebut juga menunjukkan JDT memenangi 64.1 peratus perlawanan dengan mengetengahkan pemain tempatan seluruhnya, berbanding pasukan lain yang mengharapkan pemain import,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori