Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TH Jawab Mengenai Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menjawab segala dakwaan mengenai kedudukan...

Jerebu: 9 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara akibat jerebu yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara...

Sarawak Jaga Kepentingan Islam,...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa...

Kes Seludup Di Pagar...

BUKIT KAYU HITAM - Kes-kes penyeludupan barangan kawalan di kawasan pagar keselamatan sempadan...

Google Maps Perkenalkan Sokongan Navigasi Offline

GOOGLE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan navigasi daripada Google yang mempunyai liputan yang luas dan data yang menyeluruh padanya.

Hari ini mereka memperkenalkan sokongan navigasi secara tanpa talian Internet (offline).

Pengguna boleh memuat turun data untuk sesuatu peta dan memulakan fungsi navigasi apabila diperlukan.

Ia berfungsi seperti kebiasaan tetapi ditambah dengan sokongan navigasi, sekaligus membolehkan pengguna membuat carian untuk sesuatu lokasi dan informasi tempat yang dituju.

Kesemua ini tidak memerlukan talian Internet selepas data sesuatu lokasi berkenaan dimuat turun.

Namun, salah satu kekangan adalah di mana lokasi yang disokong untuk penggunaan offline ini masih terhad dan tidak menyokong Malaysia buat masa ini.


Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan offline ini akan hadir ke Malaysia.

Tetapi, jika anda bercadang ke luar negara dalam masa terdekat, sebagai contoh ke Amerika Syarikat, maka fungsi ini mungkin sangat membantu anda.

Untuk memuat-turun data sesuatu lokasi, anda hanya perlu membuat carian sesuatu lokasi, dan seterusnya tekan pada menu, dan memilih pilihan Your Place.

Tatal sehingga bawah, dan seterusnya anda boleh memuat-turun data untuk lokasi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Google

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori