Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kapal Perang AS Sertai...

SINGAPURA - Misi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan pada Selasa dengan tentera...

UMNO Kalabakan Tak Gentar...

TAWAU - UMNO Bahagian Kalabakan tidak gentar berdepan dengan mana-mana parti lawan dalam...

Dah Lama Impi Lakon...

SETIAP pelakon pasti mahukan kelainan di dalam setiap karya mereka. Kalau setiap kali...

Idea Mulia, Piza Percuma...

PHILADELPHIA – Setahun lalu, seorang pelanggan lelaki datang ke Rosa’s Fresh Pizza di...

Google Silap Terjemah Nama Festival Hingga Memalukan

PENDUDUK di barat laut Sepanyol merah padam apabila Google Translate telah melakukan kesilapan dengan menterjemah sambutan festival sayur-sayuran tempatan sebagai sesuatu yang lucah.

Festival Rapini itu dirayakan oleh penduduk As Pontes di Galicia sebagai kemuncak acara tahunan dengan meraikan keistimewaan bandar berkenaan iaitu pengeluar sayur hijau, yang sama dengan bayam.

Namun apabila penduduk di situ memeriksa di laman web tarikh sambutan perayaan itu untuk tahun depan, mereka terkejut apabila festival itu bertukar menjadi sesuatu yang lucah iaitu Festival `Kelentit’.

Mereka menyedari mengenainya apabila kakitangan majlis perbandaran cuba menterjemah perkataan grelo (Rapini) ke bahasa Sepanyol.

Google Translate menukar Festival Rapini kepada Festival ‘Kelentit’ hingga menyebabkan penduduk berasa malu.


“Sejak 1981, festival ini telah menjadi sesuatu yang diraikan oleh penduduk tempatan tetapi kini ia bertukar menjadi sesuatu yang memalukan,” kata salah seorang kakitangan majlis perbandaran.

Namun ada juga yang melihat kesilapan berkenaan sebagai satu jenaka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori