Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Marathon Perlis 2016 Berjaya...

KANGAR - Usaha memperkasa pelancongan sukan melalui penganjuran Marathon Perlis 2016 menepati matlamat...

Obama Dakwa Penempatan Tentera...

MIAMI - Bekas Presiden Barack Obama menyifatkan tindakan Donald Trump menghantar ribuan tentera...

“Saya Bukan Robot,” Bieber...

BINTANG pop, Justin Bieber secara tiba-tiba memutuskan untuk meninggalkan pentas di tengah-tengah konsertnya...

Kerajaan Teliti Bubar GIACC

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah...

Gua Baharu Ditemui Dekat Taman Negara Gunung Mulu Di Miri

KUCHING – Sekumpulan penjelajah gua telah menemukan sebuah gua baharu yang indah berhampiran Taman Negara Gunung Mulu yang terkenal di bahagian Miri, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan malam tadi.

Menurut Adenan, gua itu berusia lebih enam juta tahun dan ditemukan baru-baru ini tetapi tidak menyebut pasukan yang menemukannya.

“Penemuan gua tersebut baik untuk Sarawak dan industri pelancongan negeri ini,” kata Adenan dalam ucapannya pada majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-12 Perhutanan Sarawak di sini.

Gua lain yang terletak dekat Gua Mulu itu ialah Gua Rusa dan Gua Air Jernih.

Mengenai usaha memerangi pembalakan haram, Adenan berkata ia telah mencapai beberapa tahap kejayaan.

Katanya banyak balak haram telah dirampas dan 13 kilang papan telah ditutup dengan lima lagi kilang papan lapis atau kilang venir dikategorikan sebagai tidak aktif kerana kekurangan kayu balak haram untuk dibekalkan kepada kilang-kilang tersebut.

“Bagaimanapun, tidak banyak pembalak haram telah ditangkap dan dipenjarakan dan saya berharap untuk melihat situasi bertambah baik mengenai aspek ini,” kata beliau.


Beliau sekali lagi mengingatkan semua pihak yang bertugas dalam penguatkuasaan bahawa mereka tidak harus leka dalam usaha memerangi pembalakan haram di negeri ini.

Adenan berkata enam syarikat besar pun sedang dipantau dengan rapi dan menambah beliau tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen jika mereka didapati melanggar syarat lesen.

Ketua Menteri juga berkata semua Taman Negara di Sarawak dibuka kepada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang minat untuk menjalankan penyelidikan di sana.

“Kita tidak mempunyai kepakaran tetapi kita mempunyai taman-taman negara, jadi adalah bodoh jika kita tidak membuka Taman Negara kita kepada orang ramai dan NGO yang benar-benar berminat untuk bekerjasama dengan kita,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GsNt9S8ci00[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori