Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kajian Perlindungan Kandungan Media...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar...

Keadaan Kesihatan Nik Aziz...

KOTA BHARU - Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Keputusan Peperiksaan PT3 Diumumkan...

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan di seluruh negara...

Skandal Songlap Mega Era...

MUNGKIN lucu dan pelik apabila sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Guna Pengalaman Bekas Polis Tangani Kumpulan Pengganas

KUALA LUMPUR – Pengalaman bekas polis boleh dimanfaatkan dalam menangani masalah keganasan militan Islamic States (IS) yang semakin berleluasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata pengalaman mereka ini khususnya ketika menangani masalah komunis dan lain-lain boleh dijadikan panduan oleh anggota polis masa kini.

“Pihak polis hari ini perlu dapatkan segala pengalaman daripada apa yang anggota polis dahulu buat dalam tangani komunis.

“Ia relevan dengan apa yang berlaku sekarang dan pengalaman mereka boleh digunakan untuk perkukuhkan persediaan menangani masalah terrorisme,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Patriotik Bekas Polis Malaysia 2015 di sini.


Nur Jazlan berkata fahaman militan IS perlu dibendung kerana ia hanya akan merosakkan imej serta ekonomi sesebuah negara.

“Dunia sekarang menghadapi arus terrorisme yang begitu menggemparkan dan pengganas juga dilihat sedang kenalpasti Malaysia sebagai tempat untuk lakukan keganasan,” katanya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]S-ENo-jLZGc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori