Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

“Along Halau Saya Keluar”...

SETELAH enam tahun mendirikan rumah tangga, muncul khabar angin menyatakan hubungan pelawak terkenal Along...

Nasib Malang Miss Venezuela,...

Venezuela – Meskipun bergelar Ratu Cantik dan mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang, namun...

Sarimah Ibrahim Lega Penceraian...

PENYANYI dan bekas penyampai radio Mix FM, Sarimah Ibrahim melahirkan perasaan bersyukur dan...

Pengurangan Bajet Latih IPTA...

KUANTAN - Pengurangan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Bajet 2016...

Guru Kanak-Kanak Khas Ada Cara Tersendiri Ajar Pelajar

SEORANG guru pendidikan khas, Chris Ulmer mempunyai cara tersendiri untuk mengajar murid-muridnya iaitu dengan memberikan penghargaan dan pujian kepada mereka, selama 10 minit sebelum pelajaran bermula.

Beliau yang mengajar di Keystone Academy di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu dikatakan mengambil masa berkenaan dengan memuji-muji setiap pelajarnya.

“Kanak-kanak belajar untuk membenci atau mencintai, pada awal usia. Sudah tiba masanya kita bekerja keras untuk mengajar dengan kasih sayang dan penerimaan.

chris

“Saya dapat menyaksikan tahap keyakinan mereka turut meningkat,’’ kata guru lelaki tersebut yang menulis pengalamannya dalam Facebook Special Books by Special Kids.


Menurut stesen penyiaran tempatan ABC, Chris telah berkongsi video mengenai rutin harian dengan pelajarnya itu dalam Facebook dan ia sudah pun dikongsi lebih 30,000 kali.

Beliau berharap Facebook Special Books by Special Kids akan membantu untuk menyebarkan perasaan kasih sayang, penerimaan dan kesedaran untuk individu yang memerlukan penjagaan khas. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]C9eGz9hXfEI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori