Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lompat Depan Kereta Bersama...

Seorang lelaki yang bertengkar dengan isterinya, telah bertindak bodoh dengan melompat ke arah...

Isa Diberi Seminggu Untuk...

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Sony Xperia M2 Aqua,...

Jika dilihat daripada idea pengeluar telefon pintar daripada USA dan Jepun, anda mungkin...

52.5 Peratus Penduduk Dewasa...

KANGAR - Sebanyak 52.5 peratus daripada penduduk dewasa di negeri ini mengalami masalah...

Harga Barang Naik Punca Kemalangan Jalan Raya – PAN

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa pelaksanaan Sistem penguatkuasaan automatik (AES) tidak perlu diteruskan kerana pelanggaran had laju dan lampu isyarat bukan faktor tunggal kemalangan jalan raya.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Faiz Fadzil sebaliknya mendakwa, kenaikan harga barangan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya di Malaysia waktu ini.

“Pelanggaran had laju dan lampu isyarat bukanlah faktor tunggal berlaku kemalangan jalan raya di mana terdapat faktor penyumbang lain termasuk keadaan kenderaan.

“Penurunan harga barang bagi menggalakkan rakyat sentiasa menyelenggara kenderaan dengan baik adalah langkah lebih berkesan bagi mengatasi masalah ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Muhammad Faiz menuduh pelaksanaan AES cuma langkah kerajaan untuk mendapat hasil daripada rakyat melalui saman yang dikeluarkan ke atas pesalah trafik.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini menegaskan kerajaan tidak akan menghentikan operasi AES walaupun mendapat bantahan keras parti-parti pembangkang.

Beliau sebaliknya berkata, program tersebut sedang dikaji semula bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah menjelang awal tahun depan.

“Kita mahu melaksanakan polisi terbaik untuk rakyat, jadi kita harus memastikan sistem berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah,” kata Tiong Lai. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]iBcYbkjoVEE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori