Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Fail Permohonan Batal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan...

“Sekiranya Nik Aziz Masih...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pasti...

2 Maut Kereta Masuk...

Johor Bahru : Dua lelaki maut manakala dua cedera apabila kereta terbabas sebelum...

Dua Wanita Jual Makanan...

Kota Bharu : Dua pekerja kedai makan ditahan selepas disyaki menjual makanan kepada...

Hasil Kajian LPT2 – Jalan Beralun Bukan Punca Kemalangan

KUALA LUMPUR – Ujian Indeks Kerataan Jalan (IRI) ke atas Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) mendapati masalah permukaan jalan beralun bukan punca utama kepada kadar kemalangan di lebuh raya berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ujian itu dilakukan dengan menggunakan menggunakan kenderaan “Road Scanner” yang direka bentuk oleh Lembaga Kajian Jalan Raya Australia bagi mengimbas permukaan jalan raya.

Menurut beliau, “Road Scanner” dapat mengambil data secara saintifik menggunakan laser dan bacaan komputer untuk mengimbas keadaan permukaan jalan malah dapat menyemak “crossfall’ jalan.

“Berdasarkan keputusan ujian IRI awalan dijalankan, didapati cuma 0.6 peratus daripada keseluruhan ujian awalan Jalan LPT2 mempunyai IRI melebihi 3.8 m/km. Keputusan IRI ini menepati KPI Lembaga Lebuhraya Malaysia kerana berada pada tahap nilai yang dibenarkan iaitu kurang daripada lima pertatus.

“Jumlah 0.6 peratus ini juga jauh lebih kecil daripada jangkaan 20 peratus keseluruhan panjang LPT2 yang dianggarkan mempunyai permukaan beralun sebelum ujian IRI sebenar dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Fadillah berkata, Kementerian Kerja Raya turut memadankan rekod statistik kemalangan maut dengan hasil ujian IRI dan mendapati lokasi kemalangan maut tidak berlaku di lokasi beralun sebaliknya di jajaran yang lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.


Justeru, katanya, faktor jalan beralun bukan punca kemalangan di LPT2 sebaliknya faktor manusia seperti memandu melebihi hadlaju terutama pada waktu hujan, cuai serta gagal mematuhi arahan keselamatan punca kepada kejadian itu.

Malah, katanya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) turut mengesahkan permukaan jalan LPT2 dibina mengikut standard piawaian antarabangsa berdasarkan ujian berasingan yang dijalankan.

Bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya akan tetap mengambil inisiatif bagi menangani masalah jalan beralun tersebut berdasarkan hasil kajian IRI bagi mempertingkatkan keselesaan pemanduan dan keselamatan bagi pengguna LPT2.

Langkah itu termasuk menambah baik permukaan lebuh raya beralun berkenaan,membaik pulih sistem perparitan di lokasi-lokasi air melintas, menambah baik permukaan turapan jalan, pemasangan papan tanda amaran dilokasi berisiko, memaparkan peringatan dan nasihat pada papan tanda elektronik, memasang pantulan cahaya di struktur rel penghadang serta parapet jambatan dan memasang gegelung dawai berduri di lokasi yang sering dicerobohi lembu serta kerbau. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori